IBADAH QURBAN & BEBERAPA HUKUM
1-Pengertiannya
Qurban
ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri. Qurban ini
bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT dan dilakukan pada Hari
Raya Qurban.
2-Dalil Pensyariatan
2-Dalil Pensyariatan
فَصَلِّ
لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2)
Maksudnya:
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu , dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(Surah al-Kautsar: 2)
Maksud sembelih dalam ayat tersebut menurut pendapat yang paling sahih ialah sembelihan qurban. Dalil hadith pula ialah:
Maksud sembelih dalam ayat tersebut menurut pendapat yang paling sahih ialah sembelihan qurban. Dalil hadith pula ialah:
ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى
وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا
Maksudnya: "Nabi SAW menyembelih dua
ekor kibasy putih yang bertanduk besar sebagai qurban dengan tangannya sendiri
sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta eletakkan kaki Baginda di
tengkuk kibasy tersebut". Riwayat al-Bukhari (5245) dan Muslim (1966)
3-Hikmah
Pensyariatan
Hikmah
yang paling jelas dan tinggi nilainya tentang qurban adalah untuk menghayati
samangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS, iaitu
ketika Allah SWT menguji Baginda supaya menyembelih anaknya. Di samping hikmah
tersebut, ibadat qurban juga menolong orang fakir dan orang yang berhajat serta
menggembirakan mereka, anak isteri dan keluarga pada hari raya. Seterusnya
dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat Islam dan
menanamkan semangat hidup berjemaah serta berkasih sayang.
4-Hukum
Qurban
Hukum
berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang
mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama
termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab
r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat
ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan. Bagi
seorang muslim atau keluarga muslim yang mampu dan memiliki kemudahan, dia
sangat dianjurkan untuk berqurban. Jika tidak melakukannya, menurut pendapat
Abu Hanifah, ia berdosa. Dan menurut pendapat jumhur ulama dia tidak
mendapatkan keutamaan pahala sunnah. Hukum Qurban menjadi
wajib dengan dua sebab:
Pertama: Apabila seseorang mengisyaratkan
binatang kepunyaannya yang boleh dijadikan qurban sambil berkata: Inilah
qurbanku atau Aku akan qurbankan kambing ini. Dengan itu dia wajiblah
melakukannya.
Kedua: Ia bernazar untuk melakukan korban.Contoh; Aku
mewajibkan diriku berqurban kerana Allah. Ia menjadi wajib. Hal ini samalah jika dia
mewajibkan dirinya melakukan sebarang ibadat-ibadat sunat kerana ketika itu ia
telah menjadi nazar.
5-Binatang yang akan dikorbankan:
Adapun
binatang yang boleh digunakan untuk berqurban adalah binatang ternak
(Al-An’aam), unta, sapi dan kambing, jantan atau betina. Sedangkan
binatang selain itu seperti burung, ayam dll tidak boleh dijadikan binatang
qurban. Allah SWT berfirman:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا
مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ
فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
“Dan bagi tiap-tiap
umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama
Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka” (QS
Al-Hajj 34).
Kambing untuk satu orang, boleh juga
untuk satu keluarga. Karena Rasulullah SAW menyembelih dua kambing,
satu untuk beliau dan keluarganya dan satu lagi untuk beliau dan
umatnya. Sedangkan unta dan sapi dapat digunakan untuk tujuh orang, baik
dalam satu keluarga atau tidak, sesuai dengan hadits Rasulullah SAW:
عن جابرٍ بن عبد الله قال نحرنا مع رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم بالحُديبيةِ البدنةَ عن سبعةٍ والبقرةَ عن سبعةٍ
Dari Jabir bin
Abdullah, berkata “Kami berqurban bersama Rasulullah SAW di tahun Hudaibiyah,
unta untuk tujuh orang dan sapi untuk tujuh orang” (HR Muslim).
Binatang yang akan diqurbankan
hendaknya yang paling baik, cukup umur dan tidak boleh cacat. Rasulullah SAW
bersabda:
فَقَالَ أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي الْأَضَاحِيِّ
فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ
بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لَا تَنْقَى
“Empat macam binatang yang tidak sah dijadikan qurban: 1. Cacat
matanya, 2. sakit, 3. pincang dan 4. kurus yang tidak berlemak lagi “ (HR Abi
Daud).
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لَا تَذْبَحُوا إِلَّا مُسِنَّةً إِلَّا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا
جَذَعَةً مِنْ الضَّأْنِ
“Janganlah kamu menyembelih binatang ternak untuk qurban kecuali
musinnah (telah bertukar gigi, geraham). Jika sukar didapati, maka boleh
jadz’ah (berumur 1 tahun lebih) dari lembu.” (HR Muslim).
Musinnah adalah jika pada unta sudah
berumur 5 tahun, lembu umur dua tahun dan kambing umur 1 tahun,kerbau dari 6
bulan sampai 1 tahun. Dibolehkan berqurban dengan binatang yang mandul, bahkan Rasulullah SAW
berqurban dengan dua kerbau yang mandul.
Bagi
binatang besar iaitu unta, lembu & kerbau maka diharuskan dibahagi 7
bahagian untuk dikongsi.Inilah menurut
majoriti ulama.Adapun kambing kibas atau biri-biri hanya satu bahagian untuk
aeorang.Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.
فَأَمَرَنَا
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَشْتَرِكَ فِي الْإِبِلِ
وَالْبَقَرِ كُلُّ سَبْعَةٍ مِنَّا فِي بَدَنَةٍ صحيح مسلم - (ج 6 / ص 234)
BEBERAPA HUKUM
1-POTONG KUKU, RAMBUT
Bagi menggandakan pahala korban,
seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri
dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih,
iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin
menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka
janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai
korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam
kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah
menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan
Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa
(semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan.
Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu, adalah dibenarkan untuk
memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain
kewajiban.
2-SEDEKAH WANG UNTUK KORBAN
TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya
dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih
dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban.Ia dianggap sedeqah biasa
sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.
Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat
dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu
seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]
Adalah diingatkan jua agar meniatkan
Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan
Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.
Firman Allah :
لَن
يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى
مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ
وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِين
Ertinya : Daging-daging unta dan
darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi
ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah
menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya
kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
(Al-Hajj : 37)
3-DIGALAKKAN
SEMEBLIH SENDIRI ATAU MELIHAT SEMBELIHAN
Adalah digalakkan juga untuk menyembelih
sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan. Sebuah riwayat
hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban
:
احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها
Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di
waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"
4-MEMATAHKAN TULANG DAN TANDUK
BINATANG QURBAN
Majoriti ulama mengharuskannya manakala tegahan untuk mematahkan tulang
hanya di dalam hal aqiqah dengan doa ia menjadi kebaikan kepada si bayi
berdasarkan hadith riwayat Al-Bayhaqi
السنة شاتان مكافئتان عن الغلام وعن الجارية شاة, تطبخ جدولا, لا يكسر لها
عظم
Ertinya : Sunnah adalah dua ekor kambing
bagi anak lelaki dan seekor bagi perempuan, dimasak dan TIADA dipecahkan
tulangnya. ( Riwayat Al-Bayhaqi dan Al-Hakim)
Namun tiada sebarang nas atau dalil yang
menegah dalam bab sembelihan Qurban.
5-BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN
Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh
lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7
dari unta, lembu, kerbau. Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak
dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.
6-QURBAN DI LUAR KAWASAN
Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih
dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling.
Ulama Mazhab Shafi’e TIDAK MEMBENARKAN
dipindah keluar kawasan jika di dalam masih terdapat yang memerlukan. Demikian
pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait)
kerana kehilangan maslahat sebenar dari udhiyyah. bayangkan apabila kita
mewakilkan seseorang lain melaksanakan qurban itu sudah menyebabkan kita
terluput dari melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana
Rasulullah TIDAK PERNAH mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain. Malah
sewaktu hari raya Qurban berlangsung, bagi mereka yang mewakilkan kepada pihak
lain, apakah yang dapat mereka rasakan dari ibadah Qurban kecuali hanya seolah
menyedeqahkan wang sahaja, sepatuttnya Qurban MELEBIHI DARI hanya sekadar
sedeqah wang dan makanan, ia adalah suatu ibadah khas menghidupkan syiar dalam
komuniti dan diri.
Namun, diHARUSKAN mewakilkan seseorang
menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan
diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di
luar.Ini diteliti dari hadis-hadis berkaitan dengan Al-Hadyu dan Udhiyyah.
7-MENGABUNGKAN QURBAN DAN AQIQAH
Mazhab Syafi’e, Maliki & Pandangan
Ahmad : Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Qurban objektifnya
untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala aqiqah adalah tanda kesyukuran
atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haithami Al-Syafie :
وَظَاهِرُ كَلَامِ َالْأَصْحَابِ أَنَّهُ لَوْ نَوَى بِشَاةٍ
الْأُضْحِيَّةَ وَالْعَقِيقَةَ لَمْ تَحْصُلْ وَاحِدَةٌ مِنْهُمَا ، وَهُوَ
ظَاهِرٌ ; لِأَنَّ كُلًّا مِنْهُمَا سُنَّةٌ مَقْصُودَةٌ
Ertinya: Yang jelas dari perkataan ulama
mazhab, iaitu jika diniatkan seekor kambing untuk qurban dan aqiqah sekaligus,
TIADA DIPEROLEHI SALAH SATU ANTARA KEDUANYA, kerana keduanya sunnah yang maqsudah
atau khas pada tujuan tertentu.
Pun begitu, Mazhab Hanafi, Pandangan
Ahmad, Alhasan Basri, Ibn Sirin & Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait : Harus
di gabung semua dengan niat Qurban, atau sebahagian qurban dan sebahagian
aqiqah.
Pandangan yang terpilih adalah tidak
menggabungkannya jika punyai kemampuan.
8-PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah
bolehlah dibahagikan;
1/3 (sepertiga) kepada tuan yang
berqurban, 1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara
mara dan 1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : "Dan makanlah ia, dan
berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga
firman Allah :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya "Dan makanlah ia, dan
berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj
: 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW
sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS
(DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN
KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA.
9-UPAH KEPADA TUKANG SEMBELIH DAN
LAPAH SERTA
DILARANG
untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu
dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari
kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai
hadiah. Ini berdasarkan sebuah hadis
وأمرني أن لا أعطي الجازر شيئا- البخاري
Ertinya : Rasulullah mengarahkan aku
agar TIDAK memberi pelapah sesuatu apa (upah) pun. ( Riwayat Al-Bukhari)
Pun begitu, boleh diberikan daging
qurban sebagaimana orang lain.
10-MENJUAL DAGING QURBAN
TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama
untuk menjual dagingnya.Namun tidak sepakat berkenaan penjualan
kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak
membenarkan. DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging
kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang
diriwayatkan oleh Muslim.
11-MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG
KAFIR
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini,
sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab
Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib.
Namun tiada khilaf, mendahulukan umat
Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
12-BERQURBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG
Bolehkah seorang yang dibebani hutang
bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.
Jika
hutang dari jenis yang
telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya
masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan
memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan
serta tempoh yang dijanjikan.
Jika tempoh langsaian hutang masih jauh
dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab
wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk
dilaksanakan.
Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya
sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam
tempohnya adalah wajib.
Jika disebabkan oleh ingin berkorban
sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan
persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti
kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan
tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan
ringkas saya.
13-SEMBELIH AYAM
GANTI KORBAN
Asal hukum mesti bahimatul al-an’am
sebagaimana disebut di dalam Al-Quran. Ayam tidak tergolong dalam kategori
itu.Bagi mereka yang tidak mampu, gugurkan kesunatan Qurban dari mereka, namun
jika mereka ingin sembelih ayam sebagai ganti, ia hanya menjadi sedeqah biasa.
Diriwayatkan Ibn Abbas pernah membeli daging dengan harga satu dirham dan
berkata nah, inilah qurban Ibn Abbas, iaitu secara majaz.
14-QURBAN OLEH ORGANISASI &
SYARIKAT?
Ibadah korban adalah ibadah yang
dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk
organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin
melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau
kakitangannya.
Ketika itu korban barulah sah dan ia
menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama
syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu
tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK
DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh
individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia)
hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada
kakitangan sahaja.
Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat
demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu,
untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat
tetapi individu.
15-KONGSI PAHALA QURBAN
a) Ketua keluarga diHARUSkan menyembelih
satu bahagian lembu atau kerbau atau unta dan diniatkan pahalanya kepada
keluarganya. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi saw.
b) Namun untuk kongsi pahala dengan
seluruh syarikat atau negara, ia tidak dilakukan oleh shabat nabi. Hanya Nabi
sahaja yang berqurban dan menyatakan "ini adalah untuk ummatku yang tidak
berqurban. Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Nabi membaca doa ini
semasa ingin menyembelih:
وقال: بسم الله، اللهم تقبل من محمد وآل محمد، ومن أمته
Ertinya: Nabi berkata : Dengan Nama
Allah dan ya Allah terimalah dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan ummatnya
16-SIAPA PATUT MULAKAN QURBAN?
Jawabnya adalah imam di sesuau tempat
tersebut dan diikuti dengan orang ramai, demikian sunnah Nabi s.a.w berdasarkan
hadith :
وقال ابْن عُمَرَ: إن النَّبِىّ، عليه السَّلام، كَانَ يَنْحَرُ وَيَذْبَحُ
بِالْمُصَلَّى
Ertinya: Berkata Ibn Umar r.a ertinya :
Nabi melaksanakan sembelihan sedang baginda berada di kawasan solatnya.
قال مالك: إنما يذبح الإمام فى المصلى لئلا يذبح أحد قبله
Ertinya: Berkata Imam Malik : Imam
menyembelih di kawasan solat dan agar tiada yang menyembelih satu orang pun
sebelumnya
17-APAKAH HAJI AKBAR ?
Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu
10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih :
Ibn Qayyim dan Albani).
Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah
ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:
"Ia adalah hari sembelihan (iaitu
haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)
Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di
dalam ayat surat At-Taubah.
Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan
hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.Setengah ulama pula
bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa
Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya
disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam
al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah
akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam
Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya
"tiada asalnya".
Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah
yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali R.H pula mengatakan ia adalah hari
Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua
hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).
Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini
menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh
dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa
rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu,
kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya
idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam
Rujukan;
Web Zaharuddin.net
Web Jabatan Mufti Perlis
Web Jabatan Mufti Selangor
Web Jakim
No comments:
Post a Comment