Saturday 31 December 2022

TAQWIM PELAJAR 2023

 

Assalamualaikum.. Berikut adalah Taqwim anak-anak Tahfiz Al-Quran Darul Tuba (TADT) sesi 2023. 

Monday 14 November 2022

KONVOKESYEN HUFFAZ NUSANTARA KALI KE-8/2022



 Assalamualaikum..

[UPDATE]: KONVOKESYEN HUFFAZ NUSANTARA KALI KE 8/2022..
ALHAMDULILLAH.. SYUKUR KEPADA ALLAH SWT...
Kami ucapkan Tahniah kepada semua anak-anak terutama anak-anak Permata Al Quran Tahfiz Al Quran Darul Tuba yang telah menyertai Konvokesyen Huffaz Nusantara Kali ke 8 yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 12 November - 13 November 2022 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai Negeri Sembilan.
Seramai 10 orang pelajar kategori Sijil Syahadah, 4 orang pelajar kategori Sijil Ithbat dan 21 orang pelajar kategori Sijil AM.. Alhamdulillah.. Tahniah sekali lagi buat semua peserta, guru-guru dan ibu bapa..
Kejayaan ini merupakan memori terindah buat Tahfiz Al Quran Darul Tuba (TADT). Semoga anak-anak penghafaz Al Quran yang lain juga turut bersemangat utk menjadi seorang Hafiz Al Quran yang diredhai Allah swt..
Pada hari yang bersejarah ini juga, berkat kerjasama team Darul Tuba dan doa serta usaha daripada kita semua..
Ustazah Kasma Binti M Said telah menerima Anugerah Mudir/ Mudirah
Terbaik
dibawah Persatuan Permata Al Quran Malaysia (PERMATA).
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt atas kejayaan-kejayaan yang telah kita semua kecapi..
Semua ini berkat daripada sokongan para pelajar, bekas pelajar, para murobbi, kakitangan, para ibu bapa dan semua para penderma yang dirahmati Allah swt..
Jazakumullahu khairan kathira kerana terus bersama-sama Darul Tuba demi melahirkan anak-anak Permata Al Quran di dalam masyarakat..
Hanya Allah swt yang mampu membalas segala jasa dan kebaikan kalian semua..
Tanpa kalian, siapalah kami..
Wassalam..

















Friday 11 November 2022

NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOWLING KELAPA PERINGKAT NEGERI PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 2022

 Assalamualaikum.. 

Tahniah kepada para pelajar Tahfiz Al-Quran Darul Tuba (TADT) mendapat Naib Johan yang telah mewakili negeri dalam Pertandingan Bowling Kelapa peringkat Negeri anjuran Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM). 

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah swt.. 

Wassalam.. 




Sunday 6 November 2022

DAURAH DI ARAB SAUDI










 💕

Assalamualaikum.. 

Kepada semua ibu bapa/ penjaga anak-anak TADT,  Sahabat pencinta Al Quran serta semua sahabat Syurga.. 


Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Arifi Al Hafiz bersama isteri

Alfadhilah Ustazah Kasma M Said Al Hafizah..

Telah terpilih utk mengikuti Daurah Tafsir Al Quran & Ulum Al-Quran di Mekah. 

Daurah ini dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi..


Program ini berlangsung selama 17 hari.. Bermula 17/10/2022 (Isnin) - 3/11/2022 (Khamis).

Di kesempatan ini juga mereka berpeluang utk mengerjakan ibadah umrah..


Tahniah Ustaz Haji Mohd Arifi & Ustazah Kasma..

Kami turut rasa gembira.. 

Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz & ustazah...

Yg sekembalinya nanti akan dapat menyumbangkan lagi ILMU di TADT.. 


Semoga Allah swt lindungi dan rahmati kalian walaudimana kalian berada..


Wassalam..


Friday 4 November 2022

KURSUS PENGUCAPAN AWAM- KOLABORASI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah pagi ni anak-anak mengikuti program kolaborasi bersama Kolej Komuniti Ledang, Kursus Pengucapan Awam - Teknik Dan Tips Berdakwah (Oleh Ustaz Muhd Haziq Bin Zakaria (Universiti Al Azhar, Mesir)..

Semoga anak-anak memperolehi sesuatu yang bermanfaat..

Wassalam..







Friday 28 October 2022

SYAHADAH ANAKANDA MAGHFIRAH BINTI MOHD ARIPI














Assalamualaikum wrt wbt..

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

Syukur Alhamdulillah sekali lagi Tahfiz Al-Quran Darul Tuba melakar sejarah  kejayaan Permata Al Quran anakanda Maghfirah Binti Mohd Aripi Al Hafizah yang telah menjalani Ujian Syahadah pada tarikh 28 Oktober 2022 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1443H.

Alhamdulillah beliau telah berjaya menjalani Ujian Syahadah dengan 2 kesalahan lupa ayat shj.

Tahniah kami ucapkan kepada anakanda Magfirah Binti Mohd Aripi Al Hafizah dan keluarga kerana telah berjaya menjalani Ujian Syahadah dikendalikan oleh mumtahinnya Ustazah Siti Aishah Bt Borhanuddin

Terima kasih yang tidak terhingga buat para murobbinya..

Semoga anakanda Maghfirah dapat menjaga Al Quran yang telah ada, memahami isi-isi Al Quran dan teruskan perjuangan menuntut ilmu.

Syukur kepada Allah swt atas kejayaan anak-anak didik Tahfiz Al Quran Darul Tuba.💐

Wassalam..

Wednesday 26 October 2022

KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN SISTEM TURKI ANAKANDA SOFEA IMANIY BINTI ZULHELMY

 Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. Tahniah kami ucapkan atas kejayaan yang telah dikecapi oleh anakanda Permata Al-Quran kita, Sofea Imaniy Binti Zulhelmy kerana telah Khatam Tasmik 30 Juz Al Quran Sistem Turki pada tarikh 27 Oktober 2022 bersamaan 1 Rabiulakhir 1444H. 

Tahniah juga buat kedua ibu bapa dan guru² yang telah banyak membantu serta membimbing beliau sehingga khatam 30 juzuk Al-Quran ini. 

Syukur kepada Allah SWT atas kejayaan Permata Al QuranTahfiz Al Quran Darul Tuba hari ni..

Semoga anakanda diberi kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan memantapkan Al-Quran diperingkat Syahadah. 

Menjadi anak yang solehah dan taat perintah Allah swt..

Wassalam..