Monday 14 November 2022

KONVOKESYEN HUFFAZ NUSANTARA KALI KE-8/2022



 Assalamualaikum..

[UPDATE]: KONVOKESYEN HUFFAZ NUSANTARA KALI KE 8/2022..
ALHAMDULILLAH.. SYUKUR KEPADA ALLAH SWT...
Kami ucapkan Tahniah kepada semua anak-anak terutama anak-anak Permata Al Quran Tahfiz Al Quran Darul Tuba yang telah menyertai Konvokesyen Huffaz Nusantara Kali ke 8 yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 12 November - 13 November 2022 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai Negeri Sembilan.
Seramai 10 orang pelajar kategori Sijil Syahadah, 4 orang pelajar kategori Sijil Ithbat dan 21 orang pelajar kategori Sijil AM.. Alhamdulillah.. Tahniah sekali lagi buat semua peserta, guru-guru dan ibu bapa..
Kejayaan ini merupakan memori terindah buat Tahfiz Al Quran Darul Tuba (TADT). Semoga anak-anak penghafaz Al Quran yang lain juga turut bersemangat utk menjadi seorang Hafiz Al Quran yang diredhai Allah swt..
Pada hari yang bersejarah ini juga, berkat kerjasama team Darul Tuba dan doa serta usaha daripada kita semua..
Ustazah Kasma Binti M Said telah menerima Anugerah Mudir/ Mudirah
Terbaik
dibawah Persatuan Permata Al Quran Malaysia (PERMATA).
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt atas kejayaan-kejayaan yang telah kita semua kecapi..
Semua ini berkat daripada sokongan para pelajar, bekas pelajar, para murobbi, kakitangan, para ibu bapa dan semua para penderma yang dirahmati Allah swt..
Jazakumullahu khairan kathira kerana terus bersama-sama Darul Tuba demi melahirkan anak-anak Permata Al Quran di dalam masyarakat..
Hanya Allah swt yang mampu membalas segala jasa dan kebaikan kalian semua..
Tanpa kalian, siapalah kami..
Wassalam..

















No comments:

Post a Comment