Wednesday 20 June 2012

PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PELAJAR 2012 TADT



ALHAMDULILLAH…PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PELAJAR 2012 TADT pada 4, 5 & 6 Mei di Nur Laman Bestari, Training & Eco Resort (Perkampungan Latihan Dan Rekreasi), Ulu Yam, Selangor berjalan dengan lancar. Objektif program ini adalah untuk Memberi kesedaran kepada pelajar akan tanggungjawab yang dipikul kepada diri ,keluarga dan sekolah, Menggilap potensi diri seterusnya membina kepimpinan dan disiplin pelajar secara optimum serta Memantapkan ukhuwah islamiah serta menanamkan nilai wehdatul fikr dan wehdatul amal dalam kehidupan pelajar. Pihak TADT mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan dengan lancarnya dan dapat memberikan manfaat yang berguna untuk semua warga Tahfiz Al-Quran Darul Tuba. Dan semoga program yang dirancang dan disusun ini mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati dan juga diaplikasikan dalam kehidupan pelajar. Terima kasih Juga kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, yang sudi menerima pelajar TADT membuat lawatan sambil belajar sebelum bertolak ke Ulu Yam, Selangor.

No comments:

Post a Comment