Tuesday 19 March 2013

SUKAN TAHUNAN TADT TAHUN 2013


Assalamualaikum W.B.T
Syukur kepada ALLAH S.W.T  kerana dengan izinNYA,  
MAJLIS KEMUNCAK SUKAN TAHUNAN TAHFIZ AL-QURAN DARUL TUBA  Tahun 2013 dapat berlangsung dengan jayanya..
Terima Kasih kepada semua guru yang memberikan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan sukan berlangsung. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada VIP (Tuan Hj. Ibrahim Bin Shar bersama isteri) dan tetamu-tetamu yang hadir dalam memberikan sokongan menjayakan majlis kemuncak sukan tahunan TADT ini.

Objektif program ini adalah:

1.      Memantapkan ukhwah yang sedia terbina.
2.      Memupuk semangat kesukanan di antara pasukan.
3.     Mencernakan pemikiran yang cerdas melalui fizikal yang cergas.
4.     Melahirkan para hafizah yang serba boleh.
5.     Membuktikan bahawa pelajar jurusan agama tidak mementingkan aspek ukhrawi sahaja.

Acara sukaneka yang diadakan adalah:

A.     Sukaneka-Satu Hati Dua JIwa
B.     Sukaneka-Gelung Ajaib
C.      Sukaneka-Jalan-Jalan Cari Makan
D.     Sukaneka- BAlingan Mahabbah
E.      Sukaneka-Bowling Kelapa

  
Tahniah diucapkan kepada rumah Merah yang menjadi johan acara perbarisan rumah sukan dan kepada Rumah Hijau  yang menjadi Johan keseluruhan pada sukan tahunan kali ini :



Berikut merupakan keputusan Sukan Tahunan Tahfiz Al-Quran Darul Tuba:

Johan = Rumah Hijau
Naib Johan = Rumah Biru
Tempat Ketiga = Rumah Kuning
Tempat Keempat = Rumah Merah

Balingan Mahabbah

jalan2 cari makan

bowling kelapa









No comments:

Post a Comment