Wednesday, 31 July 2013

PERTANDINGAN ANDA ADA SERATUS SAAT (AASS)

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah..pertandingan anda ada seratus saat (AASS) dapat  dilangsungkan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat di dalam program AASS ini.

Firman Allah Taala dalam Surah  An-Nahl  ayat 125 yang bermaksud;
         “Serulah manusia kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlahdengan mereka dengan cara yang baik…”
           Berdasarkan ayat di atas dapatlah kita fahami bahawa, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendakwah atau dai’e bukanlah mudah tanpa adanya persediaan, latihan dan  ilmu yang mencukupi dalam diri setiap individu muslim. Hanya dengan  persiapan ilmu yang mantap, metode atau cara penyampaian dakwah secara hikmah dan nasihat yang baik,  boleh  meyakinkan dan memberi kesan kepada golongan yang masih ragu-ragu atau samar-samar tentang kesucian   Islam itu sendiri.
Justeru, kami dari Lajnah Dakwah dan Tarbiyah, Tahfiz al-Quran Darul Tuba dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) mengambil inisiatif untuk mengadakan program yang boleh melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang metode dakwah yang berkesan.
 Program ini dinamakan sebagai Anda Ada Seratus Saat (AASS) yang tercetus daripada sebuah program televisyen terbitan Astro.Walau bagaimanapun, hanya bentuk program itu sahaja yang hampir sama tetapi tidak serupa dari segi pengisiannya. Dalam program ini, para peserta akan mencabut undi tajuk tertentu secara spontan dan diberi masa seratus saat untuk menyampaikan kreativiti dakwah mereka berdasarkan tajuk yang diberi.

Objektif program ini adalah :
1. Melatih  para pelajar agar mampu menjadi da’ie yang berwibawa
2. Membentuk sifat kepimpinan dan keyakinan diri yang tinggi
3. Sentiasa bersedia dan berani tampil apabila diminta bercakap di khalayak ramai
4. Para pelajar dapat berkongsi ilmu pengetahuan daripada dakwah yang disampaikan
5. Merapatkan ukhwah di kalangan pelajar dan pihak sekolah dengan adanya program yang memerlukan usaha dan kerjasama seperti ini.




No comments:

Post a Comment