Monday 7 October 2013

Majlis Khatam Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t

Tempat : Kediaman En Halikhan Bin Masrom & Pn. Siti Aminah Binti Bakri
               Taman industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor
Tarikh  : 05 Oktober 2013

Majlis khatam Al-quran  seramai 5 orang pelajar Tahfiz al-Quran Darul Tuba telah dibuat di kediaman En Halikhan Bin Masrom & Pn. Siti Aminah Binti Bakri.  Majlis tersebut diadakan adalah untuk meraikan anak kepada En Halikhan & Pn. Siti Aminah iaitu Rafisah Binti Halikhan bersama 4 orang pelajar TADT yang lain iaitu Siti Nursarah Binti Zaini, Nur Fathin Najiha Binti Othman, Nur Faiqah Binti Adeni dan Munirah Binti Nazaruddin. 

Acara dimulakan dengan perarakan pelajar-pelajar disertai dengan paluan kompang, bacaan selawat, bacaan yasin. bacaan Al-Quran ,  bacaan doa khatam,  persembahan nasyid daripada pelajar dan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Mudir TADT sendiri iaitu Us. Hj. Arifi Bin M.Husin.

Terima kasih diucapkan kepada En Halikhan Bin Masrom & Pn. Siti Aminah Binti Bakri yang menjemput semua warga Tahfiz al-Quran Darul Tuba dan ibu bapa pelajar. Semoga Majlis ini menjadi kenangan indah untuk semua ynag hadir







No comments:

Post a Comment