Tuesday 6 May 2014

KARNIVAL HARI PUTERI 2014 PERINGKAT DAERAH MUAR

Assalamualaikum wrt. wbt.

Sempena Karnival Hari Puteri 2014 Peringkat Daerah Muar, Tahfiz Al-Quran Darul Tuba telah menghantar dua orang pelajar bertanding dalam Pertandingan Bercerita Kisah Anbia dan juga Pertandingan Pidato. Pelajar tersebut adalah Adik Hanis Khairina Binti Muhamad Hatta (bercerita Kisah Anbia) dan Adik Hasanatul Fadhilah Binti Maarof (Pertandingan Pidato). Kedua-duanya telah mendapat Johan dalam pertandingan yang disertai. Tahniah diucapkan. 

Tema Hari Puteri 2014 : "Puteri Berwawasan Aspirasi Negara"
Tarikh : 19 April 2014 (Sabtu)
Tempat : SMK Sultan Alaudin Riayat Shah (1) Pagoh


No comments:

Post a Comment