Tuesday 16 June 2020

KHATAM 30 JUZUK ANAKANDA RABIATUL ADAWIAH BINTI ROSLAN DAN BALQIS IKRIMAH BINTI ROSE EFEENDI

 

Assalamualaikum  wrt wbt.. Ibubapa yg dirahmati Allah swt.. Syukur alhamdulillah wa Al fu mabrukkk buat anakanda Rabiatul Adawiah Binti Roslan & Balqis Ikrimah Binti Rose Effendi kerana telah berjaya khatam tasmik 30 juzuk Al Quran sistem Turki. Walaupun kita diuji dengan wabak penyakit COVID19 sehingga madrasah2 tahfiz seluruh malaysia tidak dibenarkan beroperasi. Pelajar2 terpaksa menghafal Al Quran di rumah dengan pantauan ibubapa dan keluarga di rumah. Alhamdulillah bagi warga dan anak2 didik TADT ianya tidak menjadi penghalang untuk kita teruskan perjuangan kita bersama Al Quran yang kita kasihi. Tahniah sekali lagi buat anakanda berdua ibubapa dan guru2 yg sentiasa bertungkus lumus sanggup berkorban demi kejayaan anak didik.. Mudah2an anak2 yang lain turut berusaha dengan lebih bersemangat lagi untuk khatam tasmik dan ujian syahadah 30 juzuk sehari... Kami di pihak pentadbiran sentiasa berdoa dan amat berharap agar anak2 sentiasa ada rasa tanggung jawab dan menikmati kemanisan membaca Al Quran, menghafal Al Quran di mana2 sahaja kita berada... Bagi anak2 di kelas Al Hikmah.. Saat anak2 utk syahadah mengingati 30 juzuk Al Quran mantap di dada sudah tidak lama lg.. Semakin dekat dengan syarat anak2 benar2 ikhlas mengaji mengulang hafazan yang telah DIHAFAL pasti nikmat bersama Al Quran menjadi milik anak2 sampai ke akhir hayat... Percaya lah.. Nikmat membaca dan mengingati ayat2 Allah adalah suatu nikmat yang amat bernilai lebih2 lg apabila ayat2 Allah telah kita fahami.. Masyallah 💚💚💚


Semoga anakanda adawiyah dan balqis bertambah semangat utk memantapkan hafazan 30 juzuk 



No comments:

Post a Comment