Saturday 15 October 2022

SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN ANAKANDA SITI FARAH ALIAH BT ALI AL-HAFIZAH

 Assalamualaikum wrt wbt..


πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

Syukur Alhamdulillah sekali lagi Tahfiz Al-Quran Darul Tuba melakar sejarah  kejayaan Permata Al Quran anakanda Siti Farah Aliah Bt Ali Al Hafizah beliau telah mulakan bacaan pada jam 4.22 pagi dan menamatkan hafalan 30 Juzuk Al Quran (Ujian Syahadah) tepat pada jam 9.52 p.m pada tarikh 15 Oktober 2022 bersamaan 18 Rabiul Awal 1443H.

Alhamdulillah beliau telah berjaya Jayyid Jiddan syahadah dengan 4 kesalahan shj.

Tahniah kami ucapkan kepada anakanda Siti Farah Aliah Al Hafizah dan keluarga kerana telah berjaya menjalani Ujian Syahadah dalam masa 1 hari dikendalikan oleh mumtahinnya Ustazah Siti Aishah Bt Borhanuddin

Terima kasih yang tidak terhingga buat para murobbinya..

Semoga anakanda Farah Aliah dapat menjaga Al Quran yang telah ada, memahami isi-isi Al Quran dan teruskan perjuangan menuntut ilmu.

Syukur kepada Allah swt atas kejayaan anak-anak didik Tahfiz Al Quran Darul Tuba.πŸ’


Wassalam..









No comments:

Post a Comment