Monday 7 March 2016

PROGRAM JAHITAN ASAS

PROGRAM JAHITAN ASAS

Assalamualaikum wrt. wbt:

Program : Jahitan Asas
Tarikh : 27  Febuari 2016
Masa: Jam 9.00 Pagi
Tempat : Tahfiz Al-Quran Darul Tuba
Oleh : Ustazah Siti Nor Indah Binti Omar

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran menjahit jahitan asas kepada pelajar-pelajar. Jahitan asas adalah jahitan tangan yang boleh dibuat dengan menggunakan jarum dan benang.Terdapat tiga jahitan asas yang telah dipelajari iaitu :


1. Jahitan Jelujur Kasar 
Ia menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik untuk sementara. Ia akan ditanggalkan selepas jahitan kekal dijahit.

2. Jahitan Jelujur Halus
Jahitan menggantikan jahitan mesin. Ia boleh digunakan untuk membuat kedut pada pakaian dan juga sebagai jahitan sulaman.

3. Jahitan Kia
Jahitan ini digunakan sebagai ganti jahitan mesin dan untuk memula atau mematikan jahitan tangan. ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar fabrik.


No comments:

Post a Comment