Saturday 6 February 2016

PELAN TINDAKAN KEBAKARAN

Assalamualaikum wrt. wbt

Program : Pelan Tindakan Kebakaran
Tarikh : 06 Febuari 2016
Masa: Jam 9.00 Pagi
Tempat : Tahfiz Al-Quran Darul Tuba

Program ini berlangsung di bawah konsultan Encik Abdul Karim Bin Karusan. Objektif utama program ini adalah cara dan tindakan untuk menghadapi saat-saat kecemasan jika berlakunya kebakaran di sekolah. Selain daripada itu, warga TADT juga berpeluang untuk melihat sama ada laluan-laluan kecemasan kebakaran yang telah disediakan sesuai ataupun perlu pengubahsuaian.

Selepas latihan kebakaran warga TADT diberi taklimat mengenai komponen-komponen alat pemadam api serta cara-cara menggunakan alat tersebut untuk memadamkan api. Dalam sesi ini, langkah dan peraturan diperjelaskan untuk menghadapi saat-saat kecemasan jika berlaku kebakaran.

   


No comments:

Post a Comment